Bahasa Melayu

Perbankan

  • Engenai Akaun - Akaun Bank

    • 28 May 2012
    • 856.02 KB
    Wang dan perbankan adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Panduan ini bertujuan untuk memberikan anda maklumat yang berguna berkenaan akaun-akaun bank dan tip yang praktikal untuk membantu anda memilih dan menggunakan akaun bank dengan lebih berkesan bergantung kepada keperluan anda.

Insurans

Kredit dan pinjaman

  • Lembaran Kerja MoneySENSE mengenai Peminjaman Wang

    • 28 May 2012
    • 5.58 MB
    Meminjam boleh membantu anda memenuhi matlamat jangka panjang anda bagi membeli sebuah rumah atau pendidikan. Namun, pinjaman berlebihan boleh menyebabkan masalah kewangan. Dalam panduan ini, MoneySENSE menekankan isu-isu utama yang anda harus timbangkan sebelum meminjam, dan menyediakan satu lembaran kerja untuk membantu anda menilai suasana kredit anda.
  • Pembiayaan Kereta

    • 28 May 2012
    • 992.55 KB
    Panduan ini akan menerangkan kepada para bakal pembeli kereta perkara-perkara yang harus di beri perhatian bila mengambil pinjaman membeli kereta melalui kaedah sewa beli seperti cara perhitungan faedah, kadar faedah yang sebenar, penebusan awal. Perubahan-perubahan terbaru pada Akta Sewa Beli akan juga di jelaskan.
  • Apa Yang Patut Anda Tahu Mengenai Pinjaman Rumah – Soalan-soalan Penting Untuk Anda Tanya Pada Bank Sebelum Mengambil Pinjaman Rumah

    • 28 May 2012
    • 2.18 MB
    Bagi kebanyakan orang, membeli rumah adalah pembelian yang termahal dalam kehidupan mereka dan memerlukan pinjaman jangka panjang untuk mencapainya.

    Panduan ini menjelaskan mengenai pinjaman rumah bagi pembeli rumah. Pinjaman rumah atau gadai janji ialah sejenis pinjaman bertempoh, bercagarkan hartanah yang anda beli. Bank yang memberi pinjaman memiliki hak caj yang pertama pada hartanah tersebut, diikuti oleh Lembaga CPF jika simpanan CPF digunakan untuk membayar pinjaman atau sebagai wang pendahuluan atau keduaduanya sekali.

  • Kad Kredit

    • 28 May 2012
    • 2.58 MB
    Kad kredit ialah satu bentuk pinjaman. La membolehkan anda membeli barangan dan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai, iaitu melalui kredit. Oleh itu, sebuah kad kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang mudah dan bukan bertujuan sebagai kredit jangka panjang. Anda boleh memohon untuk kad kredit dari pengeluar kad (biasanya sebuah bank) dan jika permohonan anda diluluskan, sekeping kad akan dikeluarkan kepada anda dengan had pinjaman.
  • Lindungi Keselamatan Kad Kredit Anda

    • 28 May 2012
    • 1.48 MB
    Bermula dari 1 November 2009, semua bank akan menghadkan tanggungan pemegang kad bagi pembayaran tanpa kebenaran sebelum anda membuat laporan bagi kehilangan atau kecurian kad kredit anda. Tetapi anda masih bertanggungjawab bagi transaksi yang tidak diluluskan itu jika anda bertindak dengan berniat untuk menipu, dengan jelas bertindak cuai atau gagal memberitahu bank sejurus anda menyedari kad kredit anda sudah hilang atau dicuri.

Pelaburan

  • Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Produk Pelaburan

    • 28 May 2012
    • 285.46 KB
    Panduan ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai faktor yang perlu diambilkira sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk melabur. Faktor-faktor penting seperti yuran, risiko, ciri-ciri produk dan juga situasi kewangan peribadi anda harus diteliti dahulu supaya dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan dalam pelaburan yang biasa dialami.

Ketua

  • mymoneybook

    Buku Wang Saya

    • 26 January 2015
    • 2.29 MB

    Kita semua mempunyai rancangan untuk masa depan kita – untuk mencapai impian dan matlamat kita, demi memenuhi tanggungjawab kita. Buku Wang Saya adalah untuk anda. Di dalamnya terdapat tip-tip yang berguna untuk semua lapisan masyarakat. Tip-tip ini boleh membantu anda memenuhi keperluan anda hari ini dan juga untuk merancang masa hadapan anda.

  • Fahami Dengan Jelas: Cara Menyelesaikan Masalah Dengan Institusi Kewangan Anda

    • 28 May 2012
    • 3.33 MB
    Panduan ini menerangkan apa yang boleh anda lakukan dan di mana anda boleh dapatkan bantuan sekiranya anda mempunyai masalah dengan produk kewangan yang anda beli atau dengan piawaian perkhidmatan sesebuah institusi kewangan.
  • Kemasukan Produk Dan Perkhidmatan Kewangan Di Dalam Akta Melindungi Pengguna Perdagangan Adil

    • 28 May 2012
    • 1.61 MB
    Panduan ini menjelaskan bagaimana perubahan ini akan menjejas anda. Ia juga menerangkan apakah yang boleh anda lakukan untuk mencari jalan keluar jika anda mempunyai alasan bahawa institusi kewangan itu atau wakilnya (dirujuk secara kolektif sebagai “institusi kewangan” dalam panduan ini) telah bertindak secara tidak adil dalam berurusan dengan anda.
  • Berurusan Dengan Penasihat Kewangan: Apa Yang Perlu Diberikan Perhatian

    • 28 May 2012
    • 6.00 MB
    Akta Penasihat Kewangan (FAA) mengatur syarikat dan individu yang memberikan nasihat tentang produk-produk pelaburan kepada pengguna. Ditadbir oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), FAA menetapkan piawaian umum bagi mereka yang memberikan nasihat pelaburan dengan memperkenalkan beberapa inisiatif penting untuk melindungi kepentingan anda sebagai pengguna. Panduan ini menerangkan bagaimana perubahan-perubahan ini melibatkan anda.